Pages

Saturday, 17 December 2011

Anis dah jadi nenek ngee~~~

MAMA

Haha...bila mama cakap camtu kat Anis, dia sikit punya marah. Anis muda lagilah, mana boleh jadi nenek. Mama cakap Anis jadi nenek sebab 'bunny' Anis, Bella (nama sempena Bella Swan - Twilight - huhu glam x hengat!), dah melahirkan 3 ekor baby comel semalam. Walaupun selama ni, 2 ekor 'bunny' nakal tu dah dikurung berasingan, tapi oleh kerana disebabkan 'incident' terlepas semalaman beberapa minggu lepas huhuhu maka lahirlah 3 ekor comel lote itu. Masalahnya sekarang, walaupun ini kali ke-4 Bella melahirkan anak (which is 3 kali sebelum ni semuanya mati) ermm ia masih tidak pandai menyusukan anak-anaknya. Kali ini pun mama & Anis masih lagi berusaha untuk membantu Bella menyusukan. Harap-harap kali ini, ketiga-tiga 'baby' itu selamat sehingga pandai menyusu sendiri. Lets pray for them three...

Melihat kesungguhan Anis menjadi ibu pengasuh kepada 3 'baby' arnab tu, mama jadi lembut hati sesangat pada Anis. Nak suruh dia itu ini pun mama dah jadi kasihan. Yelah kan, penat wooo 2jam sekali Anis kena ambil Bella dari sangkar, duduk hampir setengah jam jaga 'babies' tu menyusu. Pastu, Anis pastikan juga Bella minum air susu formula untuk menambahkan susunya.

Owh...enough talking about Anis & bunnies. Just pray them survive their hard times! Ok, lebih kurang 2 minggu lagi Anis akan masuk sesi persekolahan tahun 4-nya. Wooopss, lupa pulak! Anis akan berbaju biru tahun ini. Hahaha! awal-awal dah minta buku nota, nak tulis nama murid nakal katanya hehehe...gila kuasa nih! :p Walau apapun, mama bangga dengan dia. Sekurang-kurangnya dia berjaya membuktikan dirinya pada mama (mama selalu cerita pada dia yang dulu masa sekolah mama adalah Penolong Ketua Pengawas & setiap hujung tahun mama akan naik ke pentas untuk terima hadiah bagi kedudukan dalam kelas terbaik) yang dia juga boleh menjayakan dirinya. Love u dear!

Oklah, setakat ini dulu. Anis dah beberapa kali menyiku mama sebab beberapa fakta diatas yang dirasakan akan membuatkan dia merah muka hehehe :p

Continue later, till then Adios!

1 comments:

aida

update la update la

Post a Comment